Friday, May 29, 2020

Warisan Hilang Garisan

Janjian


Wahai Si Pendusta katamu indah pada mulanya. Kemudian kami di selimuti agenda durjana pelbagai janji katamu ia. Wahai Si Pendusta, hilangmu dicari tiada guna, kerna adatmu nun jauh di sana. Sempurna katanya indah, jatuh langit umpama syurga. Begitulah bangsamu ego dan tua, berkata umpama dasyat sekala. Wahai Si Pendusta izinmu berkarya nadamu tiada, hilangmu mungkin tidak terkesima. Terketawa ibu negara mendengar titahmu selalu dihina katanya tidak namun mengikut adat semesta. 

Garisan dahulu lurus terpacak seribu warna dengan bertema "Ini Kalilah Ubah". Rosak darjatmu dengan bermaruah menangmu hanya sekadar penghapus dosa kerajaan langkasuka yang terdahulu temberang dengan kuasanya. Gegar juga istana media hajatmu sampai ke negeri cina dengan berpandukan Garisan baris hadapan! Gah sungguh engkau berkata-kata Sabah ini kita yang punya!. Rakyat biasa bersemangat menukar kerajaan langkasuka dengan hasrat selesa kehidupan di masa hadapan. Negeri maju kaya dengan hasil tanaman, hasil petroleum, hasil kemajuan. Daerahnya bertanding dengan megah dengan dasar perubahan. Tiada sedikit pun wang digunakkan, namun menang hasil titik peluh masyarakat tempatan. Bertubi-tubi mereka berusaha berpaksikan kemenangan di dalam badan.

Begitulah Warisan hilang Garisan, bila dapat hilang kawasan. Kesian mereka kimanis hilang dengan kemenangan berpihak pada Barisan hadapan. Dasar Warisan kononnya bermaya menakluk Kuala nun jauh di sana. Dasar Warisan kononya bermaya semboyanmu hilang di telan zaman. Dasar Warisan kononnya bermaya jasadmu hilang dengan tutur bahasa. Dasar Warisan kononnya bermaya tiada satu pun peningkatan terlaksana olehmu. Dasar Warisan kononnya bermaya hilang harta anak muda kini tinggal pengajaran. Dasar Warisan kononnya bermaya tidak satu pun ekonomi Sabah naik semboyan.

No comments:

Post a Comment