Saturday, May 30, 2020

kerajaan Langkasuka

Dahulu pernah ada sebuah kerajaan yang gah berabad menang dalam pilihan raya. Kerajaan itu bernama kerajaan Langkasuka yang mana diperintah oleh orang Melayu tertua di tanah mereka. Pemerintahan mereka ada yang hebat ada yang penat ada yang dasyat. Ramai golongan anak sendiri menjadi menteri katanya mengikut jejak bapaknya. Tang mana bapanya yang diikut?duitnya kah?partinya kah?atau personalitinya kah?. Maka yang juara jadi undian katanya siapa ramai dia menang. Begitulah demokrasi, tapi boleh menjadi demo sendiri! 

Keraajan ini memerintah lama, dari umur kecil sampai tua sampai tiada masih memerintah. Hebat pukulannya entah berapa habis uang dalam poket sendiri. Bukan mengata cuma pandang orang susah duit tiada merempat namun mereka gembira. Menteri kata bantuan bantuan bantuan, hingga kini negara kita antara yang terhebat makan rasuah! gelendangan berleluasa! Rakyat daif masih ada!! Merdeka katanya namun tidak rakyatnya!. 

Oh kerajaan Langkasuka kau punya tuan mangkin lama mangkin menghilang. Oktober 2003 tuannya berdiri dikaca mata menutup semua segala kemodenan. Syabas si tua gila kau hebat amat berpangkat. Lalu diturunkan kepada pembantunya. Si tua gila katanya berehat bersara namun masih duduk mendengar berita kerajaan Langkasuka. 

Kini kerajaan Langkasuka baru memerintah dengan berpaksikan Islam agama bapa pembangunan model insan. Maka si Pak cik pun berusaha sehingga dihina pemalasnya dia kerana selalu termimpi akan rakyatnya. Lalu si Tua gila bersuara pemalas bila berseloka. Maka si pak cik tidak kuat imannya lalu diberi kepada si puteh anak perdana. 

Bertahun si puteh memerintah dengan ucapan uang berjuta memberi sedikit duit kepada orangnya agar pilihan raya menang di persada dunia. Si puteh ego orangnya berkeras tidak mahu meletak pemerintahannya. 1Malaysia lauangan sedunia agar mereka punya slogan utama. Lalu si Tua gila bersuara kerajaan langkasuka kerajaan sendiri diperintah oleh anak didiknya si puteh. Maka berjuanglah si tua memetik amarah rakyat jelata katanya rasuah rasuah rasuah!.

Kemudian Si tua gila angkat semula dengan Nada sayangi malaysia hutang berjuta. Si tua bermain madah cina india melayu ditawan di musuhinya. Kerajaan Langkasuka pun sudah tiada hiduplah kerajaan baru diberi nama dengan Harapan.

Maka  24 februari tuannya si tua gila bermain madah bertukar berhenti kerja kerana desakkan Si Arnab bercermin mata. Si Arnab berkata bukan saya tapi dia lalu berlanjutan hingga berminggu untuk memilih kerajaan pangkah. Langkasuka berdiam diri menorak langkah tidak berpuas hati namun gembira Harapan jatuh juga. 22 bulan Harapan memerintah dengan berbekalkan 30 Ringgit Malaysia!. 

Tanpa disadari si Bapa dipilih bergegar dunia media berlandaskan sultan baharu. Lalu si Bapa berusaha bagaimana memetik bunga raya. Dengan penyakit yang meragut nyawa beliau bergabung dengan Langkasuka. Adanya Langkasuka bergabung dengan musuh tradisinya namun mereka masih gah! Dengan bantuan rakyat jelata. Doa rakyat biarlah rahsia untuk menaikkan darjat semua berbekal uang diberi si bapa lalu rakyatnya gembira di seantero dunia..



No comments:

Post a Comment