Monday, June 1, 2020

Hapuskan Kencing Syaitan

Wahai Si peminum air syaitan, dengarkan ini sebuah coretan bunyinya keras isinya padan agar kamu mengerti dasyatnya hukuman. 
Bantu kami hapuskan mereka, dengan hukuman mati terus tiada alasan, supaya mereka sedar dasyatnya iman dari golongan para insan.  
Kami pengerak kami berbunyi untuk menutup golongan pribumi dari melanggar arahan terkini, jangan naikkan amarah kami.

Mereka berbunyi katanya Arak ini boleh andai tidak melanggar peraturan namun harus diperhati bahawa mereka sebenarnya di iringi bunyi dari bisikan syaitan. Mereka minum dengan gelasnya bangga dengan perbuatan langgar perintah tanpa bicara si pemabuk pembunuh manusia. "Hukum mereka! Pancung kepalanya! buang mayatnya! Bakar jasadnya!" bisikan syaitan berbunyi di telinga dengan hasutan sangat gila!. 

Ini lah semboyan kami hapuskan Arak dari negeri kami agar tiada lagi maksiat berleluasa! Lihat mereka bangga di alam maya berucap selamba tiada guna katanya tidak bukan mereka walhal dibawa jasad terkedu dengan rohnya seorang manusia. Hancur berderai jasad pemuda dilanggar dengan kereta pemusnah. Bantu kami hapuskan mereka agar tiada lagi maksiat berleluasa!

firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)

Jabir RA , sabda Nabi SAW:

إِنَّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَهْدًا لِمَنْ يَشْرَبُ الْمُسْكِرَ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ؟ قَالَ: عَرَقُ أَهْلِ النَّارِ أَوْ عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menjanjikan azab kepada peminum arak dengan minuman lumpur kebinasaan (طينة الخبال). Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur kebinasaan itu?” Baginda menjawab: “Peluh penghuni neraka atau perahan ahli neraka.”
Riwayat Muslim (2002)

Anas RA:

أَنَّ نَبِىَّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَلَدَ فِى الْخَمْرِ بِالْجَرِيدِ وَالنِّعَالِ ثُمَّ جَلَدَ أَبُو بَكْرٍ أَرْبَعِينَ. فَلَمَّا كَانَ عُمَرُ وَدَنَا النَّاسُ مِنَ الرِّيفِ وَالْقُرَى قَالَ: مَا تَرَوْنَ فِى جَلْدِ الْخَمْرِ؟ فَقَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ: أَرَى أَنْ تَجْعَلَهَا كَأَخَفِّ الْحُدُودِ. قَالَ: فَجَلَدَ عُمَرُ ثَمَانِين

Maksudnya: “Nabi SAW menyebat peminum arak dengan pelepah tamar dan selipar sebanyak 40 kali. Abu Bakar juga pernah menyebat 40 kali. Pada zaman Umar RA, ramai orang dari pedalaman dan kampung datang ke Madinah, lalu Umar bertanya kepada para sahabat, katanya: “Apakah pendapat kamu tentang hukuman sebat atas peminum arak?” Jawab Abdul Rahman bin ‘Auf: “Aku fikir, kamu menjalankan hukum hudud yang paling ringan.” Abdul Rahman berkata: “Selepas itu, Umar RA menghukum 80 kali sebatan.” 
Riwayat Muslim (4551)