Saturday, May 30, 2020

kerajaan Langkasuka

Dahulu pernah ada sebuah kerajaan yang gah berabad menang dalam pilihan raya. Kerajaan itu bernama kerajaan Langkasuka yang mana diperintah oleh orang Melayu tertua di tanah mereka. Pemerintahan mereka ada yang hebat ada yang penat ada yang dasyat. Ramai golongan anak sendiri menjadi menteri katanya mengikut jejak bapaknya. Tang mana bapanya yang diikut?duitnya kah?partinya kah?atau personalitinya kah?. Maka yang juara jadi undian katanya siapa ramai dia menang. Begitulah demokrasi, tapi boleh menjadi demo sendiri! 

Keraajan ini memerintah lama, dari umur kecil sampai tua sampai tiada masih memerintah. Hebat pukulannya entah berapa habis uang dalam poket sendiri. Bukan mengata cuma pandang orang susah duit tiada merempat namun mereka gembira. Menteri kata bantuan bantuan bantuan, hingga kini negara kita antara yang terhebat makan rasuah! gelendangan berleluasa! Rakyat daif masih ada!! Merdeka katanya namun tidak rakyatnya!. 

Oh kerajaan Langkasuka kau punya tuan mangkin lama mangkin menghilang. Oktober 2003 tuannya berdiri dikaca mata menutup semua segala kemodenan. Syabas si tua gila kau hebat amat berpangkat. Lalu diturunkan kepada pembantunya. Si tua gila katanya berehat bersara namun masih duduk mendengar berita kerajaan Langkasuka. 

Kini kerajaan Langkasuka baru memerintah dengan berpaksikan Islam agama bapa pembangunan model insan. Maka si Pak cik pun berusaha sehingga dihina pemalasnya dia kerana selalu termimpi akan rakyatnya. Lalu si Tua gila bersuara pemalas bila berseloka. Maka si pak cik tidak kuat imannya lalu diberi kepada si puteh anak perdana. 

Bertahun si puteh memerintah dengan ucapan uang berjuta memberi sedikit duit kepada orangnya agar pilihan raya menang di persada dunia. Si puteh ego orangnya berkeras tidak mahu meletak pemerintahannya. 1Malaysia lauangan sedunia agar mereka punya slogan utama. Lalu si Tua gila bersuara kerajaan langkasuka kerajaan sendiri diperintah oleh anak didiknya si puteh. Maka berjuanglah si tua memetik amarah rakyat jelata katanya rasuah rasuah rasuah!.

Kemudian Si tua gila angkat semula dengan Nada sayangi malaysia hutang berjuta. Si tua bermain madah cina india melayu ditawan di musuhinya. Kerajaan Langkasuka pun sudah tiada hiduplah kerajaan baru diberi nama dengan Harapan.

Maka  24 februari tuannya si tua gila bermain madah bertukar berhenti kerja kerana desakkan Si Arnab bercermin mata. Si Arnab berkata bukan saya tapi dia lalu berlanjutan hingga berminggu untuk memilih kerajaan pangkah. Langkasuka berdiam diri menorak langkah tidak berpuas hati namun gembira Harapan jatuh juga. 22 bulan Harapan memerintah dengan berbekalkan 30 Ringgit Malaysia!. 

Tanpa disadari si Bapa dipilih bergegar dunia media berlandaskan sultan baharu. Lalu si Bapa berusaha bagaimana memetik bunga raya. Dengan penyakit yang meragut nyawa beliau bergabung dengan Langkasuka. Adanya Langkasuka bergabung dengan musuh tradisinya namun mereka masih gah! Dengan bantuan rakyat jelata. Doa rakyat biarlah rahsia untuk menaikkan darjat semua berbekal uang diberi si bapa lalu rakyatnya gembira di seantero dunia..



Friday, May 29, 2020

Warisan Hilang Garisan

Janjian


Wahai Si Pendusta katamu indah pada mulanya. Kemudian kami di selimuti agenda durjana pelbagai janji katamu ia. Wahai Si Pendusta, hilangmu dicari tiada guna, kerna adatmu nun jauh di sana. Sempurna katanya indah, jatuh langit umpama syurga. Begitulah bangsamu ego dan tua, berkata umpama dasyat sekala. Wahai Si Pendusta izinmu berkarya nadamu tiada, hilangmu mungkin tidak terkesima. Terketawa ibu negara mendengar titahmu selalu dihina katanya tidak namun mengikut adat semesta. 

Garisan dahulu lurus terpacak seribu warna dengan bertema "Ini Kalilah Ubah". Rosak darjatmu dengan bermaruah menangmu hanya sekadar penghapus dosa kerajaan langkasuka yang terdahulu temberang dengan kuasanya. Gegar juga istana media hajatmu sampai ke negeri cina dengan berpandukan Garisan baris hadapan! Gah sungguh engkau berkata-kata Sabah ini kita yang punya!. Rakyat biasa bersemangat menukar kerajaan langkasuka dengan hasrat selesa kehidupan di masa hadapan. Negeri maju kaya dengan hasil tanaman, hasil petroleum, hasil kemajuan. Daerahnya bertanding dengan megah dengan dasar perubahan. Tiada sedikit pun wang digunakkan, namun menang hasil titik peluh masyarakat tempatan. Bertubi-tubi mereka berusaha berpaksikan kemenangan di dalam badan.

Begitulah Warisan hilang Garisan, bila dapat hilang kawasan. Kesian mereka kimanis hilang dengan kemenangan berpihak pada Barisan hadapan. Dasar Warisan kononnya bermaya menakluk Kuala nun jauh di sana. Dasar Warisan kononya bermaya semboyanmu hilang di telan zaman. Dasar Warisan kononnya bermaya jasadmu hilang dengan tutur bahasa. Dasar Warisan kononnya bermaya tiada satu pun peningkatan terlaksana olehmu. Dasar Warisan kononnya bermaya hilang harta anak muda kini tinggal pengajaran. Dasar Warisan kononnya bermaya tidak satu pun ekonomi Sabah naik semboyan.

THE MAD MAN OF POWER

THE MAD MAN OF POWER

That's how the old man discarded his original power. Throne but on the contrary by joking on media glasses. Another question was asked and then the old man tried originally on the basis of supposedly taking his inauguration. The Old Man was suffering, based on abundant slander. Sweet mouth spoke loudly in private dormitory turned away. Property is not depleted while lust flocked lies. The kingdom that was once blessed is now erased in the swallow of its master. Turn young, bored with anger at the command of how to govern. Alpha forgot to eat himself by building malicious envy. No one knows the intention of being in the heart though initially helping the teak child himself. Langkawi is said to belong to His Majesty, even though there is no one in his world. 
Blaring, one hears the command of the most noble! It is imperative that the noble class be insulted by a hero. Who is he? Old man crazy, alone with a degree of  harmony immediately . Able to assess aspects of the gem with the involvement of the young and virgin.
He was accused of giving away his son, but no one said. Where did the struggle of young people, jumping high chased by crazy dogs. The young man and the old man jokingly said "kingdom of back door". Never mind the crazy old man, your high rank is despicable. Rest assured, Old Madman, your name will still be history in the glorious ways of governing. 

Si Pemalas Dengan Nakhodanya

Berganding mereka dengan carca marba menolak sangkaan si peneroka maya dengan alasan patuhi arahan dewasa. Pelbagai coretan dipersembah dengan kadar segera agar mereka menilai bagaimana cara memerintah. Pesanan muafakat membawa berkat hancur pangkal tinggallah usia dengan berlandaskan agama yang benar. Tauladan pemikat rakyat, berdamai bersengketa bagaikan mainan kanak-kanak riang.  

Masih berdarah luka lama dengan makian si kassim pendusta. Dasyat geleran namanya, indah diluar buruk didalam. Pedoman hilang ditelan zaman alaf baru menilai dengan saksama. Biar mereka berkata hilanglah tahfiz hilanglah arak. Tidak layak si gemuk membabi buta, tahfiz ajaran benar lurus terpuji keluaran para penghafaz hadis. Diriwayatkan si kassim dalam alam maya dengan hati yang menggoda nafsu amarah. Benar biarlah Allah yang murka namun sebagai umat "habluminallah habluminnas hablumminnar" berbaik dengan Allah berbaik dengan insan. Menegur bukan sekadar ayat menegur dengan fizikal nurani.

Si cina mungkin dalang utama dengan roketnya antaran logikal minda. Anak muda mangkin suka dengan dasar bermudah-mudah;  tidak buta anak bangsa melayu gigih menaikkan nama si cina. Kotor hina dan dina mainan mereka merubah hukum manusia walhal ianya sudah wajib bersyarat.

Pemalasnya anak muda mendengar khutbah perkataan pertama sudah muntah!
Pemalasnya anak muda berselingkuh dengan agamanya menduakan tuannya demi wang yang dinoda!
Pemalasnya anak muda mendengar fitnah lalu percaya!
Pemalasnya anak muda dengan meminta-minta lalu memuji kemudian berjaya!
Pemalasnya anak muda percaya toyol buang akhirat pegang dunia!
Pemalasnya anak muda sangup menipu dengan kadar segera!
Pemalasnya anak muda katanya mukmin tapi dusta akalnya!

Begitulah anak muda, tidak disimpan diluah marah ditelan merana.  Allah telah berfirman;
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) kepada ALLAH (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan ALLAH pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati ALLAH (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)." (Surah al-Nisa', ayat 142).


Si Tua Gila Kuasa

Begitulah Si Tua buang kuasa ingin semula. Bertakhta namun sebaliknya dengan bercanda pada kaca mata media. Disoal lain ditanya lalu Si Tua mencoba semula atas dasar kononnya di ambil lantikkannya. Si Tua nyanyok derita, dengan berlandaskan fitnah melimpah. Mulut manis berbicara dengan lantang berdrama sewasta berpaling muka. Tidaklah habis harta di nyawa sedangkan nafsu bergelombongan dusta. Kerajaan yang dahulunya bermaharajalela kini hapus di telan tuannya. Berselokalah anak muda, bosan geram dengan titah caranya memerintah. Alpha lupa makan diri dengan membina hasad dengki. Tiada siapa tahu niat dihati walhal awalnya membantu anak jati sendiri. Langkawi kononnya milik paduka, walhal tiada satu pun di dunia miliknya. 

Bergegar satu puaka mendengar titah yang maha mulia! Binasa hendaknya golongan bangsawan terhina akalnya seorang pahlawan. Siapa dia Si Tua gila, berpantun sendiri dengan kadar segara. Mampu menilai aspek permata dengan kelibat sang muda dan dara.

Diajuk dituduh menderma anaknya, namun tiada siapa berkata. Mana perginya perjuangan anak muda, melompat tinggi dikejar anjing gila. Anak muda dan si tua bercanda katanya "kerajaan pintu belakang". Sudahlah Si Tua Gila, darjatmu tinggi pangkatmu hina. Berehatlah Si Tua Gila namamu tetap menjadi sejarah dalam kegemilangan cara memerintah. 


Thursday, May 28, 2020

Hopeless Power & Old Government

Tidak disangkal lagi, pemerintahan baharu Malaysia memuaskan!.Ramai memuji tidak segan mendoakan namun, setiap kepimpinan pasti ada kelemahan. Manusia punya kekurangan, bukan sempurna semuanya. Sifatnya sempurna jika Allah memberi kuasa. "KUNFAYAKUN" maka jadi jadilah. 

Kita lihat si tua mencoba, si muda berjenaka si pengkhianat bergembira. Bukan mengkritik hanya menilai, tidak memilih hanya memandang. Bahasa menjadi ukuran, manifesto menjadi perjanjian. Si fulan berkata "Manifesto bukan Alquran" nilainya benar namun isinya bertentangan. Ketawa si tua, si cina memberi, si penerima gembira. Katanya nilai bukan segala, diberi percuma, namun golongan berjenaka. Begitulah si cina, berbahas dengan dialognya. Lalu si india bernafas di arena, dengan kencang dan penuh seloka bermadah seperti semuanya salah. Hari ke hari rakyat menilai, katanya negara berhutang berjuta, rakyat menderma membantu derita. Lalu si tua berkata, bermadah dengan angkuhnya di persana arena. Benar kata-katanya bijak, tutur katanya bermakna dari sudut kekecohan dunia. Namun, begitulah si tua, dipuji mangkin meninggi walhal beliau menangis melihat negaranya. 

Kini si tua mengangkat sumpah, tidak lagi memerintah negara berseloka. Diberi dengan kekuasan sementara, alpa leka lupa dan dusta. Janjinya orang muda akan berasa selesa, kini dikubur ditelan usia. Akhirnya si bulan dan si biru bersama, dahulu mereka bermusuh katanya berlainan idea. Dasyat perjuangan datuk-datuk kita, semuanya tua tiada yang muda. Anak muda katanya tidak berpengalaman, tiada kemahiran. Adapun anak muda, dipilih oleh golongan mereka, dikritik dibias sedalam-dalamnya.

Allah turunkan musibah bersama rahmatnya. Tidaklah ujian itu diberikan kepada umat-umatnya untuk dihukum, namun semuanya adalah demi memperingati manusia bahawa dengan sekecil zaharah mampu mengoncang dunia. Allah(S.W.T) berfirman: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan,  dan kekurangan dari harta benda serta jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Al-Baqarah ayat 155).